Friday, November 6, 2009

kenapa aku suka Isabella - Search



lagu time Form 4 1989

masa tu dah masuk MRSM Jasin.
aku tak le senakal someone tu (budak PD tu la...hehehe) tapi ntah nape, malam final Muzik-Muzik tahun tu, aku wat keje 'jahat' sket.

gi tengok program tu kat TV kat library secara 'PATI - Pendatang Asing Tanpa Izin'.
with 6 other fellow students' librarians, including our ketua la.

hehehe... ended up kantoi dgn guru penyelaras library & kene denda ketuk ketampi sorang 10 ketul after berdesing-desing telinga kena marah by him.

memang aku rasa guilty yg amat sangat coz masa kat Jasin, cikgu ni la yg paling rapat dgn aku & paling amik berat about me. tup-tup, i ended up hurting his feelings by betraying his trust. lama dia tak bercakap dgn aku gara-gara hal ni.

apapun, bukan dia yg aku nak story kat sini... it's about what happened when we quietly 'menyelinap' balik hostel after the incident... have to menyelinap because we know ketua warden and his penolong hari2 round college area after lights-off. Tetiba...

'hoi, sapa kat sana tu!?'

apa lagi, macam Rabuan Pit le kitorang.... zup zap zruss zras... segala macam pokok renek kitorang langgar. anak tangga pun langkau 3 skali... tanpa sinaran lampu kalimantang or minyak tanah or bulan tau... dalam gelap ni. if jatuh, memang tergolek dog le jawab nye...

sampai asrama, lompat atas katil & tarik selimut cover muke... ketakutan. hehehe...

kat luar hostel, kedengaran Ketua Warden 'bising' sebab ada students (kami la tu) berani langgar peraturan... and esok nye kat morning assembly, kitorang kene 'sound'. walaupun nama tak disebut, tapi ramai 'tau' sapa 'pelesit-pelesit' yg Ketua Warden sebut... malu giler....!!!!

antara kenangan paling tak dapat dilupakan
;-)

that's why asal dgr je lagu Isabella, aku akan senyum & sedey sensorang. Teringat peristiwa ni.

1 comment:

duta said...

+ kami ldp +
pun ada buat juga, tgk konsert ziana zain live kat life centre on 1995 masa tu, prep petang! ahaks!